Alamak, sudah hampir Hari Raya Qurban, gambar Sambutan Hari Raya tempoh hari masih belum upload lagi. Sabar ya rakan-rakan sekalian. Kali ini kita cuba membawa pembaharuan sikit. Kita buat video pula. Amacam? Sila kemukakan komen kalian.
Serba sedikit tentang malam jalinan mesra ayu sutra ini. Ini adalah tahun yang ketiga kami menganjurkan Malam Jalinan Mesra. Di antara agenda yang kami buat kali ini adalah persembahan oleh anak-anak Ayu Sutra. Suatu drama yang agak ringkas, tetapi padat dengan pengajaran. Di samping itu, pertunjukan bunga api membuatkan ramai tetamu yang teruja.
Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan, terutama kepada pihak polis, nazir masjid, dan kementerian perpaduan, kerana dengan kehadiran merekalah, maka semakin meriah majlis ini.
Dan ayam golek, memang terbaek.
Beberapa penduduk sedang beramah mesra
Antara penduduk yang memberikan kerjasama
Murahkan lah rezeki kami, amin
Ucapan tuan pengerusi
Lawak tuan pengerusi menghiburkan tetamu terhormat, pihak polis
Masa untuk menjamu selera
Acara biasa, cabutan bertuah
Semoga semakin berkat majlis dengan kehadiran nazir masjid seksyen 24
Pertunjukan bunga api
Antara orang kuat majlis
Krew sedang menyiapkan wayang gambar
Malam sebelum majlis, menjamu selera, kopi arjuna?
No comments:
Post a Comment