Tuesday 20 May 2014

NOTICE/JEMPUTAN : Gotong-royong Perdana ; Gerak Advokasi Pencegahan Denggi

Salam 1 Malaysia !


Assalamualaikum. Selamat Sejahtera. Salam 1 Malaysia. Salam Selangor Dihatiku. Salam KRT Ayusutra Simply The Best. Macam yang anda tengok di banner di atas yang terletak di simpang nak masuk Ayusutra (harap-harap takde orang cakap tak nampak) KRT Ayusutra akan mengadakan GOTONG-ROYONG PERDANA ; GERAK ADVOKASI PENCEGAHAN DENGGI. Jadi, jom lah kita sesama sertai. Bukan untuk kepentingan orang lain tapi untuk kepentingan kita sendiri dan komuniti (masyarakat sekeliling). Okay, butiran program tersebut adalah seperti berikut (in case tak nampak kat banner kan) :

Tarikh : 24 Mei 2014 (Sabtu)
Jam : 7.30pagi
Tempat : Waqaf Komuniti KRT Ayusutra


Untuk makluman, notis pemberitahuan (seperti di atas) telah diedarkan kepada semua penduduk.

Akhir kata, Admin tinggalkan anda dengan satu "inspirational quotes" untuk sama-sama kita fikirkan :)

"Successful people have a social responsibility to make the world a better place and not just take from it" - Carrie Underwood

1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
KRT AYUSUTRA SIMPLY THE BEST


Monday 12 May 2014

Setitik Tinta untuk Ingatan

Salam 1 Malaysia !

Selamat Menghayati dan Memahami ! :)

Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis TAPI satu batang mancis juga membakar jutaan pokok. Jadi, SATU fikiran NEGATIF dapat MEMBAKAR semua fikiran POSITIF.

Mancis MEMPUNYAI kepala, tetapi TIDAK mempunyai otak, oleh kerana itu setiap kali ada gesekan kecil, sang mancis terus terbakar. Kita MEMPUNYAI kepala, dan otak, jadi kita TIDAK PERLU terbakar marah hanya kerana gesekan kecil.

Ketika burung HIDUP ia MAKAN ulat, ketika burung mati, ulat makan burung.

Waktu terus BERPUTAR sepanjang zaman. kitaran kehidupan terus berlaku. JANGAN merendahkan siapa pun dalam hidup, BUKAN KERANA SIAPA MEREKA, TETAPI KERENA SIAPA DIRI KITA.
Kita MUNGKIN berkuasa tapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita SEDANG berjaya, kita MERASA banyak teman di sekeliling kita. Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi harta.

Ketika kita tua, kita baru tahu kalau masih BANYAK yang belum dikerjakan. Setelah di ambang AJAL, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang SIA-SIA.

Hidup TIDAKLAH lama, sudah saatnya kita BERSAMA-SAMA membuat hidup lebih berharga, saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

Jadilah teman perjalanan hidup yang TANPA banyak soal dan syarat. Believe in "CAUSE AND EFFECT". Apa yang ditabur, itulah yang akan kita tuai.


Extracted from Whatsapp Group : Komuniti Ayusutra.

1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
KRT AYUSUTRA SIMPLY THE BEST

Konvoi Amal Selaut Kasih 2014 ; Sekampit Beras Sebungkus Gula (Siri 3)

Salam 1 Malaysia !













 




 


 





 




























 


 


1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
KRT AYUSUTRA SIMPLY THE BEST