Thursday 7 March 2013

Konvoi Amal Selaut Kasih

Salam 1 Malaysia !

Kita jalan lagi.  Kali ini ke Rumah Anak Yatim Dan Asnaf As-Solihin, Kanchong Darat.  Eh! Macam pernah dengar.  Ya, ini kali yang kedua, kerana kali yang pertama datang terus jatuh hati.  Kami target setiap penduduk sudi menderma sekampit beras dan sekilo gula.  Kepada penduduk yang ingin menderma, kami terima apa sahaja.  Kami akan mengumpulkan barangan yang ingin diderma pada 20 Mac 2013.



p/s : Dengar cerita tilam single amat2 diperlukan penghuni asrama.

1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Saturday 2 March 2013

Maulidur Rasul Ayu Sutra

Salam 1 Malaysia !

Kejiranan Ayusutra berjaya menganjurkan perarakan dan ceramah sempena maulud nabi baru-baru ini.  Walaupun kami kecewa kerana tiada kedengaran lagu 'Ya Ha Na Na', tetapi kehadiran dan sokongan semua pihak terutama penduduk setempat sungguh kami hargai.  Terima kasih juga kepada pihak polis yang sudi menjaga laluan perarakan.  Kepada imam dan pengunjung setia masjid seksyen 24, semoga jasa tuan-tuan akan di berkati Allah.  Tidak lupa juga kepada Ahli Majlis MPP Shah Alam, tanpa tuan, majlis ini tidak akan ceria.  Buat pertama kalinya, kami menggunakan Wakaf kami yang masih belum lagi sempurna, tetapi kegelapan malam, dan keindahan lampu telah menghilangkan segala kecacatan.  Ceramah yang disampaikan pun sungguh menyentap hati para hadirin.  Semoga kita mengambil Rasulullah sebagai contoh.  Aktiviti utama, iaitu makan-makan, pun tidak kurang hebatnya.  Pelbagai juadah yang disediakan mempastikan semua hadirin tidak balik dengan perut kosong.

Sedikit slide show dari kami, terima kasih.



1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT