Wednesday 7 August 2013

Majlis Penyerahan Duit More

 Tahun ini, kutipan duit more untuk kawasan ayusutra telah dijalankan oleh ahli-ahli jiran muda kita yang di ketuai oleh saudara PP.  Maka pada tanggal 20 Julai 2013 yang lepas, duit sumbangan itu telah dapat kami sampaikan kepada pihak masjid yang diwakili oleh Tuan Nazir sendiri.  Tuan nazir telah menyampaikan ribuan terima kasih kepada semua penduduk yang sudi menyumbangkan duit untuk more tahun ini, dan semoga anda semua diberkati Allah.

Tersenyum lebar bila tugas terlaksana

Semakan terakhir oleh Pengerusi sebelum upacara penyerahan

Kali ini kami minta jiran muda kami dari yang rendah hingga yang tinggi untuk membuat kutipan

Tuan Nazir cuba untuk tidak memperdulikan gangguan dari Encik Zainal

Ada yang kurang ke?


Salam 1 Malaysia !
1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Thursday 1 August 2013

Rondaan Keselamatan

Setiap tahun, kawasan kejiranan Ayusutara akan menerima kebanjiran pelawat yang mengunjungi uptown.  Sebagai langkah berjaga-jaga, KRT telah melancarkan aktiviti rondaan keselamatan setiap hujung minggu.  Kehadiran petugas adalah atas dasar sukarela.  Semoga selepas ini, Skim Rondaan Sukarela (SRS) Ayusutra akan dapat dilancarkan.

Sekali tengok macam FRU la

Berehat minum selepas penat berjaga

Kat pondok pun boleh minum juga untuk menghilangkan ngantuk

Pak Kiyai tengah bertafakur

Gambar ni klasik

Membincangkan strategi untuk malam ini
 
Pihak AJK KRT masih lagi kekurangan tenaga peronda sukarela.  Di harap jika penduduk ayu sutra yang ada kelapangan, dapatlah meluangkan waktu untuk sama-sama meronda.  Ini adalah untuk keselamatan kita bersama.

Salam 1 Malaysia !
1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT