Tuesday 4 June 2013

Kembara Amal ke Kampung Chhnang Phnom Penh

Salam 1 Malaysia !


KEMBARA AMAL KE KAMPUNG CHHNANG PHNOM PENH

Tarikh : 14 Jun – 17 Jun 2013
Tempat : Kampung Chhnang, Phnom Penh

KEJIRANAN RUKUN TETANGGA AYUSUTRA
(RT 10055095)

Dengan Kerjasama

BIRO KEBAJIKAN & KEROHANIAN
KELAB SOSIAL, SUKAN & KEBAJIKAN JKR ELEKTRIK
JKR NEGERI SELANGOR


PENDAHULUAN

Bagi merealisasikan sebahagian tuntutan agama, di samping mempertingkatkan motivasi dan muhasabah diri lalu atas dasar ibadah dan semangat persaudaraan Islam, kami bercadang membantu penduduk Kampung Chhnang yang amat memerlukan dan berada dalam kedaifan. Kembara Amal ini dirancang sebegitu rupa hasil perhubungan melalui Pembantu Khas Mufti Kerajaan Kemboja dan wakil Mufti Wilayah Kampung Chhnang. Aktiviti persekolahan anak-anak Kampung Chhnang dan elaun tenaga pengajar serta pembangunan komuniti masjid seperti keperluan yang dinyatakan oleh wakil mufti untuk semua penduduk kampung berkenaan.

OBJEKTIF

Meningkatkan hubungan silaturrahim sesama saudara Muslim.

Meningkatkan motivasi dan memuhasabah diri atas kekurangan dan kelebiham kurniaan Illahi.

MISI

Memberi bantuan kepada Masjid untuk mengimarahkan syiar Islam.

Memberi bantuan dari segi persekolahan dan pembelajaran di Sekolah Agama Al-Nikmah, Kampung Chhnang.

Memberi bantuan kepada masyarakat kampung dari segi keperluan asas sekadar kemampuan.

p/s 

1) T-Shirt Kembara Amal sedang dijual dengan harga RM50. RM30 daripada itu akan disumbangkan kepada penduduk Kampung Chhnang, Phnom Penh.

Design Belakang
Design Depan


2) Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Hisham di 012-9388248

1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Konvoi Amal Selaut Kasih 2 - Part 4 (Final)

Salam 1 Malaysia !














1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT