Monday 22 October 2012

Wakaf Komuniti - Progress hingga 11 Oct 2012

Salam 1 Malaysia !

Buah jambu buah kedodong
Jatuh ke tanah dimakan bulus
Hidup itu tolong menolong
Tanpa diupah karena tulus























Nasi dimakan dengan lauk ikan,
Enak rasanya masakan Midah,
Jika kerjasama dapat didirikan,
Segala urusan menjadi mudah.

1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Sunday 7 October 2012

Malam Jalinan Mesra 3

Salam 1 Malaysia !

Alamak, sudah hampir Hari Raya Qurban, gambar Sambutan Hari Raya tempoh hari masih belum upload lagi.  Sabar ya rakan-rakan sekalian.  Kali ini kita cuba membawa pembaharuan sikit.  Kita buat video pula.  Amacam?  Sila kemukakan komen kalian.

Serba sedikit tentang malam jalinan mesra ayu sutra ini.  Ini adalah tahun yang ketiga kami menganjurkan Malam Jalinan Mesra.  Di antara agenda yang kami buat kali ini adalah persembahan oleh anak-anak Ayu Sutra.  Suatu drama yang agak ringkas, tetapi padat dengan pengajaran.  Di samping itu, pertunjukan bunga api membuatkan ramai tetamu yang teruja.

Tidak dilupakan ucapan terima kasih kepada tetamu-tetamu jemputan, terutama kepada pihak polis, nazir masjid, dan kementerian perpaduan, kerana dengan kehadiran merekalah, maka semakin meriah majlis ini.

Dan ayam golek, memang terbaek.

Beberapa penduduk sedang beramah mesra

Antara penduduk yang memberikan kerjasama

Murahkan lah rezeki kami, amin

Ucapan tuan pengerusi

Lawak tuan pengerusi menghiburkan tetamu terhormat, pihak polis

Masa untuk menjamu selera

Acara biasa, cabutan bertuah

Semoga semakin berkat majlis dengan kehadiran nazir masjid seksyen 24

Pertunjukan bunga api

Antara orang kuat majlis
Krew sedang menyiapkan wayang gambar

Malam sebelum majlis, menjamu selera, kopi arjuna?

Persiapan di siang hari

Yes, kami boleh.




1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT