KEMBARA AMAL KE KAMPUNG CHHNANG PHNOM PENH
Tarikh : 14 Jun – 17 Jun 2013
Tempat : Kampung Chhnang, Phnom Penh
KEJIRANAN RUKUN TETANGGA AYUSUTRA
(RT 10055095)
Dengan Kerjasama
BIRO KEBAJIKAN & KEROHANIAN
KELAB SOSIAL, SUKAN & KEBAJIKAN JKR
ELEKTRIK
JKR NEGERI SELANGOR
PENDAHULUAN
Bagi merealisasikan sebahagian tuntutan agama, di samping
mempertingkatkan motivasi dan muhasabah diri lalu atas dasar ibadah dan
semangat persaudaraan Islam, kami bercadang membantu penduduk Kampung Chhnang
yang amat memerlukan dan berada dalam kedaifan. Kembara Amal ini dirancang
sebegitu rupa hasil perhubungan melalui Pembantu Khas Mufti Kerajaan Kemboja
dan wakil Mufti Wilayah Kampung Chhnang. Aktiviti persekolahan anak-anak
Kampung Chhnang dan elaun tenaga pengajar serta pembangunan komuniti masjid seperti
keperluan yang dinyatakan oleh wakil mufti untuk semua penduduk kampung
berkenaan.
OBJEKTIF
Meningkatkan
hubungan silaturrahim sesama saudara Muslim.
Meningkatkan
motivasi dan memuhasabah diri atas kekurangan dan kelebiham kurniaan Illahi.
MISI
Memberi
bantuan kepada Masjid untuk mengimarahkan syiar Islam.
Memberi
bantuan dari segi persekolahan dan pembelajaran di Sekolah Agama Al-Nikmah, Kampung Chhnang.
Memberi
bantuan kepada masyarakat kampung dari segi keperluan asas sekadar kemampuan.
p/s
1) T-Shirt Kembara Amal sedang dijual dengan harga RM50. RM30 daripada itu akan disumbangkan kepada penduduk Kampung Chhnang, Phnom Penh.
Design Belakang |
Design Depan |
2) Sebarang pertanyaan, sila hubungi En. Hisham di 012-9388248
1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT