Friday, 31 August 2012

Bubur Lambuk Part 2

Salam 1 Malaysia !

Sambungan dari part 1.

Upacara membersihkan daging

Oooo, camtu caranya...

Santai

Jelingan manja

Tak habis basuh daging tu

Merah darah daging tu, dia posing pulak
Bahagian ni yang aku suka buat

Tampal setem

Jang, ekau pogang tak botoi tu...jerit pak usop

Tambah lagi wak

Tambah air pun ok gak

Masih lagi memegang kayu senduk


Yang ni baru upacara perasmian.  Lambat sikit.

Lan, puasa ni, jangan nak makan pulak

Confirm bubur tak masak kalau gaya ini diteruskan

Ceria di bulan Ramadhan

Cik Akak pun mahu try juga, silakan.

Pembahagian tugas yang adil, seorang kecau, seorang arah, seorang baca paper.

Tadi Cik Akak, sekarang Cik Abang pulak.

Tengah usha line, tak clear.

Mungkin kah gambar ini yang meresahkan En. Azime kita?

1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Thursday, 30 August 2012

DI MANA JALUR GEMILANG MU

Salam 1 Malaysia !

Malaysia, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Mu yang ke 55.


1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Saturday, 18 August 2012

Bubur Lambuk Part 1

Salam 1 Malaysia !

Seperti tahun-tahun sebelum ini, AJK KRT dengan kerjasama penduduk AyuSutra, Masjid Al-Ehsan Seksyen 24, dan MPP Zon 8 telah mengadakan upacara memasak bubur lambuk.  Seperti biasa, tarikh yang dipilih ialah 17 Ramadhan, bersempena dengan cuti nuzul quran bagi pekerja yang bekerja di tanah jajahan Selangor.  Bagi penduduk yang bekerja di Wilayah Persekutuan, minta maaf kerana terpaksa mengambil cuti untuk mengambil bahagian dalam acara ini.  Jika ramai penduduk yang bekerja di Wilayah, mungkin pihak AJK boleh pertimbangkan untuk menukar tarikh ke hari Ahad atau Sabtu.  Disertakan beberapa keping gambar ketika berlangsungnya aktiviti memasak bubur lambuk.
Mari Mari Mari

Macam potong lemang lah pulak

Muka serius sambil pegang parang, pergh, bahaya tu

Zul tengah buat lawak

Kaum Ibu memotong bawang

Akak, janganlah posing pulak, nanti terpotong tangan

Potong bawang nanti mata berair la pulak

Akak, bekerja keras tu

Pemandangan dari jarak jauh

Ikan bilis pun ikan bilis la

Ada yang terpotong jari tu

Isteri kepada pengerusi dan setiausaha sedang memberikan tunjuk ajar

Posing lagi, bila nak siap kak?

Akhirnya, ketekunan itu terserlah

Potong bawang beramai-ramai

Banyak betul bawang ni

Pak Usop memang taiko

Gelak kerana kerja dah habis

Boleh masuk rekod tak, potong daging beramai-ramai.

Bawang habis, kentang next...

Kentang pun dah habis dah

Potong macam nak masak karipap ke?

1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

Wednesday, 1 August 2012

KUTIPAN MORE

Salam 1 Malaysia !

Dua hari yang lepas telah berlangsung upacara penyerahan duit kutipan MORE 1433 hasil derma ikhlas penduduk AyuSutra.  Pihak nazir Masjid Al-Ehsan Seksyen 24 Shah Alam, telah sudi untuk menerima sumbangan tersebut.  Tahun ini kita telah berjaya mengumpulkan sebanyak RM2,575.00.  Terimakasih kepada semua penduduk yang telah menyumbangkan derma ikhlas dan semoga mendapat balasan yang setimpalnya dari Allah S.W.T.

Tuan pengerusi : kenapalah aku ambil songkok SOB 4 inci ni, patut aku ambil 5 inci

Perbincangan yang serius dengan fakta-fakta yang telah tertulis

Tuan nazir kenapa pandang kebawah

Perbualan mesra antara dua pemimpin

Nazir menandatangani surat penerimaan duit More

Tuan pengerusi, bergaya dengan songkok baru

Saya terima nikahnya....

1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT