Tarikh : 31 Mac 2012
Masa : 8.30pm
Tempat : Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Apa itu earth hour ? "Earth Hour" adalah satu acara yang terkenal yang dianjurkan oleh World Wide Fund for Nature (WWF) dan diraikan pada setiap tahun pada hari Sabtu terakhir bulan Mac. Pada tahun ini(2012) "Earth Hour" disambut pada 31 Mac. Peserta program ini akan memadamkan lampu selama satu jam bermula dari jam 8:30pm hingga 9.30pm untuk meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan isu-isu berkaitan perubahan iklim. Orang ramai yang peka akan perubahan alam sekitar datang daripada banyak negara, organisasi, institusi, syarikat, dan kerajaan, termasuk mercu tanda telah mengambil bahagian dalam perayaan ini.
1 KOMUNITI ; SEPAKAT MEMBAWA BERKAT