Bernama.com
Malaysian National News Agency
PKNS Yakin Ayusutra Beri Pulangan Terbaik Kepada Pembeli
February 28, 2008 19:02 PM
PETALING JAYA, 28 Feb (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor yakin projek perumahan Ayusutra yang disiapkan dan mendapat Sijil Layak Menduduki Bangunan (CF), akan memberi pulangan yang terbaik kepada pembeli.
Projek rumah berangkai dua tingkat yang terletak di Seksyen 24 Shah Alam secara keseluruhan bernilai RM30.345 juta, kata PKNS dalam satu kenyataan.
Harga minima RM255,000 untuk satu unit adalah yang terbaik dan susah untuk didapati dalam pembangunan yang sedemikian, kata seorang pegawai PKNS yang dihubungi Bernama.
Pengumuman kelulusan CF dari Majlis Bandaraya Shah Alam ini akan mengembirakan 119 keluarga yang telah bersedia untuk memiliki rumah idaman mereka, menurut kenyataan PKNS itu.
Pegawai Perhubungan Awamnya Mohd Wazir Abdul Ghani meminta para pembeli rumah berangkai dua tingkat itu supaya menjelaskan cagaran elektrik mereka sebelum kunci rumah mereka dapat diserahkan dengan seberapa segera.
Jika menghadapi sebarang masalah, sila hubungi PKNS, Jabatan Kemajuan Shah Alam, Kompleks PKNS Shah Alam di talian 03-55192211, katanya.
PKNS menyatakan rumah di Ayusutra mempunyai keluasan lantai dari 1,800 kaki persegi dan harga seunit bermula dari RM255,000 setiap satu.
Ia terletak di dalam kawasan yang strategik dan ekslusif dengan persekitaran nyaman serta dikelilingi pembangunan yang pesat dan akan menyerlahkan lagi taraf hidup penduduk, katanya.
Lokasinya bersebelahan dengan pusat komersil dan berdekatan dengan sekolah, dewan orang ramai, pasaraya Giant dan pelbagai kemudahan sosial yang lain.
Dari segi perhubungan, ia terletak di tengah-tengah rangkaian lebuhraya yang menghubungkan lebuhraya Persekutuan, Kesas dan lebuhraya Kemuning Shah Alam.
-- BERNAMA
Copyright © 2010 BERNAMA. All rights reserved.
This material may not be published, broadcast, rewritten or redistributed in any form except with the prior written permission of BERNAMA. Disclaimer
Dipetik dari:BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/printable.php?id=317160

Search Google Maps : Jalan Rebung 24/13 |